Monday, 10 March 2014

MY LIFE STORY



Assalamuaikum w.b.t….

       Alhamdulillah…pada tanggal 31 Mac 1994 ( bersamaan 18 syawal ) lahirlah puteri hasil cinta mak dan abah iaitu Mohamad Hindier Bin Abdul Rahman dan Zaiton Bebe Binti Sek Mohamad. Nama diberi Nursyawallina Binti Mohamad Hindier, nama ini diberi sempena bulan kelahiran saya iaitu bulan syawal. Nursyawallina bermaksud cahaya kegembiraan.

Abah bekerja sebagai Attendan Kesihatan di Hospital Kem Terendak,Melaka. Mak pula bekerja sebagai Attendan Kesihatan di Hospital Besar,Melaka. Alhamdulillah hasil perkahwinan mak dan abah dikurniakan 5 orang anak,yang mana terdiri daripada 4 lelaki dan seorang perempuan(iaitu saya).


   


Anak sulung ialah abang saya, kedua dari kiri. Abang saya Muhammad Ejazath Nur, berumur 22 tahun dan kini bekerja sebagai Penolong Akauntan di Jabatan Kewangan Ketua Menteri Melaka.Yang kedua adalah saya yang berdiri ditengah. Yang ketiga adik saya,empat dari kiri iaitu Muhammad Ebadath Nur, berumur 16 tahun kini menuntut ilmu di SMA Sultan MUhamad .Yang keempat pertama dari kiri,Muhammad Esmath Nur,berumur 15 tahun kini menuntut ilmu di SMA Jaim Al-Ahmadi.Yang bongsu pertama dari kanan,berumur 13 tahun kini menuntut ilmu di SMA Sultan MUhamad.

Saya mendapat pendidikan awal di SK kerubong,Melaka(darjah 1-6 ),SMK Bukit Rambai(ting.1-5),Kolej Matrikulasi Melaka dan kini di Universiti Kebangsaan Malaysia bidang ekonomi,Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Insyallah saya akan berusaha untuk tukar ke bidang perakaunan pada tahun 2.Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah.

Hobi saya ialah membaca novel dan mengumpul kad kahwin yang cantik-cantik.Sehingga kini hampir 100 lebih kad kawin cantik yang telah saya kumpul.Minat saya ini juga dibantu oleh mak dan abah saya.kerana saya tinggal di asrama dari tinggkatan 1-5.Mak dan abah akan simpankan kad kawin yang cantik-cantik,yang mereka peroleh ketika saya diasrama. Daripada koleksi ini saya akan ubahsuai kad kawin tersebut untuk diberi kepada kawan kawan apabila hari jadi mereka atau pada hari raya….(hehe jimat and unikkn)… 

              
     
Impian
_ insyallah,suatu hari nanti akan bawa mak dan abah pegi mekah utk tunaikan  haji.(insyaallah akan berusaha bersungguh2 utk capai impian ini) dan nak jadi anak dapat membanggakan mak dan abah di dunia dan akhirat(insyallah,,,amin)


LOVE TILL JANNAH
   http://s3syawallina.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment